Cerita ngeri siang hari. Cerita benar ya
Kat dapur rumah saya. Ada bilik. Dulu tak guna. Tutup sahaja. Sampai satu malam tu mimpi. Lalu dapur dan ada orang duduk dalam bilik tu. Dalam mimpi tu nampak katil baju-baju orang tu.
Saya pun tegur, “eh kemain duduk sini. Sape bagi?”
Dia jawab sambil marah.
“Dah takde sape duduk sini,Aku nak duduk lah!”
Lepas dia cakap gitu. Terus terbangun tidur. Esok nya bila lalu dapur mula meremang. Apehal pulak rasa gini. Terus teringat mimpi. Mula-mula abaikan. Rasa perasaan je kot. Tapi naik seminggu rasa tak sedap.
Tengah masak tiba-tiba rasa ada orang kat belakang. Panggil imam tengokkan. Memang ada benda menumpang
Lepas kejadian tu panggil orang bersihkan bilik. Buat bilik mainan anak. Tak tutup pintu dah. Hari-hari buka mengaji dalam bilik tu. Bukan bilik tu je.
Stor pun kemas habis. Hari-hari buka dan masuk. Takde ape nak buat kat stor pun buka juga. Vacuum atau sapu-sapu bilik.
Kesimpulannya. Jangan biarkan bilik kosong dalam rumah. Tak kisah lah letak apa pun situ. Tak dapat masuk hari-hari, dapat 2-3 hari sekali masuk bilik tu pun dah ok. Janji jangan biarkan hidup korang diselubungi misteri
Sumber : Puan Yuyu